Saturday, October 27, 2007

Solat Jumaat 26 Oktober 07

Ustaz Imran al Hafiz bertugas sebagai khatib solat jumaat. Kali ini dilapurkan bahawa kedatangan jemaah tidak sebegitu ramai seperti keadaan minggu lepas yang dikatakan agak melimpah.

Kemungkinan suasana aidilfitri diminggu lepas mempengaruhi ahli kariah mengambil cuti tambahan meraikan solat jumaat yg pertama tempohari.

Ini meredakan kebimbangan awal mengenai kapasiti surau di dalam menampung ahli jemaah di waktu puncak seperti solat jumaat ini.

Rata-rata para jemaah juga menyuarakan rasa gembira dengan peningkatan dalam tahap keselesaan setelah projek pemasangan penghawa dingin siap sepenuhnya.

Untuk rekod, jumlah kutipan jumaat kali adalah sebanyak RM1,398. Syabas diucapkan kepada para petugas jumaat yang bertugas dengan cemerlang.

No comments: