Saturday, October 13, 2007

Solat Eidul Fitri 1 Syawal 1428


Solat Eidul-Fitri yang pertama di Surau Saujana Impian telah dilangsungkan pada 1 Syawal 1428 bersamaan 13 Oktober 2007 tepat pada pukul 8.30 pagi. Acara ini menyaksikan mimbar surau di gunakan buat kali pertamanya. Ustaz Wan Noh telah sudi menjadi khatib untuk solat eidul fitri.

Syabas diucapkan kepada petugas PA system, Abang Ali & Abang Nasir kerana telah bertungkus lumus menyediakan sistem yang berjalan dengan sungguh cemerlang pada hari tersebut.

Seluruh jentera AJK Surau Saujana Impian ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDUL-FITRI kepada semua ahli kariah. Untuk rekod, sejumlah RM3,000 telah berjaya dikutip hasil sumbangan ahli jemaah pada hari tersebut.






No comments: