Wednesday, April 26, 2006

Latarbelakang Projek Pembangunan Surau Baru Saujana Impian

Pengenalan dan Latarbelakang Projek

Rasional / Justifikasi Pembinaan Bangunan Surau Saujana Impian

  • Bangunan surau sediada telah didirikan di sebuah tapak seluas 1.045 hektar dengan menggunakan bahan-bahan terpakai pejabat tapak / jualan (sales office) atas ehsan pemaju dan berkat usaha Jawatankuasa Surau pada tahun 1997. No pendaftaran surau adalah 008/131/HL

  • Ia telah berkali-kali diperbesarkan bagi menampung pertambahan penduduk yang kian ramai dari tahun ke setahun, namun dengan keadaan fizikal asalnya, ianya tidak lagi memungkinkan sebarang ubahsuai dibuat.

  • Keadaan struktur bangunan surau juga agak uzur dan kerap berlaku kebocoran bumbung lalu menyebabkan kerosakan pada siling dan permaidani.

  • Jumlah penduduk Islam Taman Saujana Impian dan sekitarnya adalah dianggarkan berjumlah 3,000 orang berbanding dengan saiz surau sekarang yang hanya boleh menampung lebih kurang 400 jemaah sahaja

  • Surau menerima kunjungan jemaah yang agak ramai ketika menunaikan solat sunat Tarawikh pada setiap bulan Ramadan sehingga terpaksa solat diluar bangunan surau. Situasi sama juga berlaku ketika menunaikan solat sunat Aidul Fitri dan Aidul Adha.

  • Keadaan fizikal bangunan surau sediada yang agak kecil dan serba kekurangan ini juga secara jangka panjangnya ia tidak bersesuaian untuk dinaiktaraf bagi mendirikan solat fardhu Jumaat.

  • Menyedari hakikat ini, maka pihak Jawatankuasa Surau Saujana Impian telah memutuskan melalui mesyuaratnya pada 28hb September 2004, untuk membina bangunan baru surau dengan kadar segera bagi menampung pertambahan penduduk serta menjamin keselesaan jemaah yang hadir.

  • Pihak Jawatankuasa Surau Saujana Impian juga telah mengambil kira pelan jangka pendek dan keperluan jangka panjang dimana sebuah bangunan baru surau yang akan didirikan mestilah luas dan boleh menampung jemaah seramai 2,000 orang disamping memenuhi keperluan dan spesifkasi sebuah Masjid sekiranya dinaiktaraf pada masa akan datang.

Pihak Jawantankuasa Surau juga merancang untuk memohon kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor mendirikan solat fardhu Jumaat sebaik saja bangunan baru surau disiapkan.

Sunday, April 23, 2006

Saturday, April 22, 2006

Gambar Tapak Projek

Bertarikh 14 Mei 2006:











Bertarikh 1 Mei 2006:


Gambar di atas bertarikh 1 Mei 06, diambil dari sebelah selatan (petunjuk: kiblat di sebelah barat). Surau Lama di sebelah utara.


Gambar di atas diambil dari sebelah timur. Kelihatan Roof Truss yang akan menyokong kubah/dome sedang rancak dibangunkan dan tangga ke bahagian perempuan di tingkat satu sudah hampir siap. Kerja-kerja plastering di bahagian tandas juga sudah bermula.

Gambar di bawah adalah pemandangan menghala ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kajang & Tesco.



Bertarikh 1 April 2006:

Gambar-gambar berikut merupakan keadaan di tapak projek pada tarikh 1/4/2006:


Pandangan dari belah kanan. Petunjuk: Kiblat di belah kanan gambar


Pandangan dari belah kiri. (Surau lama kelihatan di latarbelakang)

Bahagian Mimbar 1

Bahagian Mimbar 2

Bahagian Tandas

Bahagian Belakang Tandas

Wednesday, April 19, 2006

Gambar Satelit

Surau Saujana Impian merupakan surau yang dikunjungi terutamanya ahli-ahli kariah daripada Taman Saujana Impian. Taman ini terdiri daripada beberapa unit taman yang dikenali dengan nama-nama berikut:
1) Taman Impian Jaya
2) Taman Impian Setia
3) Taman Impian Kasih
4) Taman Impian Indah
5) Taman Impian Murni
6) Taman Impian Gemilang (termasuk lot banglo)

Surau ini juga turut dimakmurkan oleh ahli-ahli jemaah daripada Kg Sg Kantan di sekitarnya terutama daripada Kawasan Sg Kantan peringkat 3.

Gambar Lokasi Surau Saujana Impian & Kawasan Sekitarnya:

Gambar Lokasi Taman Impian Jaya:
Gambar Kawasan Impian Jaya, Impian Setia & Impian Kasih:
Gambar Kawasan Impian Indah & Impian Gemilang:
Gambar Kawasan Impian Murni:

Monday, April 10, 2006

Akaun Bank

MAKLUMAT AKAUN BANK

Nama Akaun : SURAU SAUJANA IMPIAN
Nombor Akaun : 120 920 1000 4744
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Kajang