Sunday, October 28, 2007

Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Dan Pegawai Surau Saujana Impian Kajang Sessi 2004 - 2006

1. Dato’ Zakaria Abd Hamid - Penasihat (1)
03-87362955 019-3255999

2. Hj Mohamad Kamali Adimin - Pengerusi
03-87346780 / 019-3810861

3. Hj Mohamed Ibrahim Nar Hussain - Timbalan Pengerusi
03-87370553 / 013-3365715

4. Zamzuri Said - Setiausaha
03-87330903 / 019-2622148

5. Hj Ahmad Al-hadi Abdul Khalid - Bendahari
03-87311964 / 012-3311694

6. Abdul Halim Ibrahim - Ahli Jawatankuasa
03-87374179 / 019-3164382

7. Hj Mohamed Suttan Abd Rahman - Ahli Jawatankuasa
03-87390809 / 012-4765939

8. Lt. Kol. (B) Dolah Ikhsan - Ahli Jawatankuasa
03-87348978 / 012-3150507

9. Tamby Sudeen Mohamed - Ahli Jawatankuasa
03-87373059 019-3109908

10. Hj Abd Manaf Ramli - Ahli Jawatankuasa
03-87363375 / 012-3339375

11. Rushan Iskandar Ahmad - Ahli Jawatankuasa
03-87344496 / 012-3398680

12. Hj Ali Mat Isa - Ahli Jawatankuasa
03-87374278 / 016-3086646

13. Hj Ramlee Mustaffa - Ahli Jawatankuasa
03-87376940/ 012-6175945

14. Mohd Nasir Hasan - Pemeriksa Kira-kira
019-3343031

(telah meletakkan jawatan dan tempatnya telah digantikan oleh En Fazli)


15. Razali Alias - Pemeriksa Kira-kira
03-87375652 013-3430342

(telah berpindah dan tempatnya telah digantikan oleh En Tajul Aznam)

16. Ust Imran Habil - Imam 1
03-87364995 / 012-6885534

17. Zabidi Tasir - Imam 2
03-87340486 013-3808091

18. Zamani Abd Rahman - Imam 3
03-87364229 / 016-2490973

19. Hj Husin Abd Rahman - Bilal 1
019-3445728 / 03-87346381

20. Mohd Nawi Awang - Bilal 2
019-3885765

21. Syed Shiriman Syed Abdullah -Bilal 3 (telah berpindah)
03-87373057 / 012-2351511

22. Fuad Awang - Bilal 4
03-87363571 / 016-6146488

23. Ardzani Hj Abu - Siak 1 (telah meninggal dunia)
019-3119843 / 03-87379943

24. Mohd Nordin Ismail - Siak 2
012-6732486 / 03-87379740

25.Hj Omar Zakaria - Siak 3
016-2435027

Saturday, October 27, 2007

Solat Jumaat 26 Oktober 07

Ustaz Imran al Hafiz bertugas sebagai khatib solat jumaat. Kali ini dilapurkan bahawa kedatangan jemaah tidak sebegitu ramai seperti keadaan minggu lepas yang dikatakan agak melimpah.

Kemungkinan suasana aidilfitri diminggu lepas mempengaruhi ahli kariah mengambil cuti tambahan meraikan solat jumaat yg pertama tempohari.

Ini meredakan kebimbangan awal mengenai kapasiti surau di dalam menampung ahli jemaah di waktu puncak seperti solat jumaat ini.

Rata-rata para jemaah juga menyuarakan rasa gembira dengan peningkatan dalam tahap keselesaan setelah projek pemasangan penghawa dingin siap sepenuhnya.

Untuk rekod, jumlah kutipan jumaat kali adalah sebanyak RM1,398. Syabas diucapkan kepada para petugas jumaat yang bertugas dengan cemerlang.

Thursday, October 25, 2007

Jadual Pengajian Surau Saujana Impian

Pihak Blog ada menerima pertanyaan mengenai jadual pengajian surau yang terkini.

Ingin dimaklumkan di sini bahawa, jadual pengajian yang baru hanya akan dikeluarkan dari bulan November 2007. Blog ini akan menyiarkan jadual tersebut sebaik saja ianya diperolehi.

Penghawa Dingin

Surau Saujana Impian baru saja membelanjakan RM29,000.00 bagi tujuan
pemasangan penghawa dingin, hasil sumbangan seorang dermawan yang budiman.

Sebanyak 10 penghawa dingin jenis Mitsubishi 2.5 horse-power dan 6
"air-curtain" telah dipasang pada pintu utama masuk ke dewan solat, bagi meningkatkan keselesaan ahli jemaah.

Turut dipasang adalah "sliding window" pada GRC (lubang angin) bagi
meningkatkan keberkesanan penghawa dingin tersebut.

Sunday, October 21, 2007

Mari Melawat Blog Surau Saujana Impian

Sila layari blog ini & berilah komen anda..OK

Kedudukan Dana 30 September 2007


Jumlah Dana Surau Saujana Impian yang diodit pada 30 September 2007 berjumlah RM42,955.25:
-RM42,523.95 di dalam bank
-RM431.30 di dalam bentuk tunai.

Hutang yang masih tertunggak kepada kontraktor bangunan surau berjumlah RM34,445.00:
  • RM28,000.00 - Hutang upah buruh (Labour)
  • RM5,000.00 - Hutang kontraktor M&E
  • RM1,445.00 - Hutang kontraktor Roof Covering

Jumlah Dana Surau yang tersebut di atas, berupaya untuk melunaskan jumlah hutang yang masih tertunggak.

Walaupun, pihak Surau mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk menyumbang ke arah penyenggaraan yang di anggarkan lebihkurang RM3,000.00 sebulan.

Kuliah Subuh 9 Syawal 1428


Ustaz Imran meneruskan tradisi ilmu & daawah dengan menyampaikan kuliyyah di pagi 9 Syawal 1428 yangmana semua ahli jemaah ternyata berpuas hati dgn ceramah yg disampaikan.

Saudara Zulkarnain dari no 5 Jalan Impian Indah 5 pula menghangatkan lagi suasana syawal dengan menjemput ahli jemaah ke rumah beliau sesudah kuliah untuk bersarapan.

Friday, October 19, 2007

Solat Jumaat Pertama

Pada hari Jumaat 19 Oktober 2007 bersamaan 7 Syawal 1428, satu lagi sejarah telah tercipta di Surau Saujana Impian di mana Solat Jumaat yang pertama telah didirikan.

Surau ini berkapasiti lebihkurang 1300 orang, di mana 800 orang di ruang solat utama dan 500 orang di bahagian serambinya. Namun menurut lapuran awal, Surau Saujana Impian telah dipenuhi seramai anggaran 1500 orang di hari pertama solat jumaat ini dilaksanakan, walaupun ada juga ahli jemaah yang melapurkan jumlah yang hadir melimpahi sehingga 1700 orang.

Ini mengesahkan keperluan untuk mempunyai kemudahan solat jumaat di kawasan ini tetapi di masa yang sama menimbulkan tandatanya samada kapasiti surau ini dapat menampung jumlah jemaah yang seramai ini di dalam masa-masa yang mendatang.

Apa yang pasti, kawasan serambi surau perlu segera dilengkapi dengan "awning" kerana hujan yang lebat akan pasti membasahi ruang solat tersebut, dan ini sudah pasti akan meresahkan ahli jemaah yang bersolat.

Namun, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Ilahi dan ribuan terimakasih kepada Jabatan Agama Islam Selangor yang mentadbir kelulusan solat jumaat ini dan sekalung tahniah untuk seluruh ahli kariah yang tidak jemu-jemu berdoa untuk memastikan kejayaan bersama ini.

YBhg Tuan Kadhi Daerah telah sudi menjadi khatib bagi solat jumaat yang pertama ini dan barisan AJK ingin merakamkan rasa penghargaan di atas kesudian beliau untuk meluangkan masa berkongsi saat yang bersejarah ini.

Untuk rekod, jumlah kutipan untuk solat jumaat yang pertama ini berjumlah RM2,053.00

Saturday, October 13, 2007

Solat Eidul Fitri 1 Syawal 1428


Solat Eidul-Fitri yang pertama di Surau Saujana Impian telah dilangsungkan pada 1 Syawal 1428 bersamaan 13 Oktober 2007 tepat pada pukul 8.30 pagi. Acara ini menyaksikan mimbar surau di gunakan buat kali pertamanya. Ustaz Wan Noh telah sudi menjadi khatib untuk solat eidul fitri.

Syabas diucapkan kepada petugas PA system, Abang Ali & Abang Nasir kerana telah bertungkus lumus menyediakan sistem yang berjalan dengan sungguh cemerlang pada hari tersebut.

Seluruh jentera AJK Surau Saujana Impian ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDUL-FITRI kepada semua ahli kariah. Untuk rekod, sejumlah RM3,000 telah berjaya dikutip hasil sumbangan ahli jemaah pada hari tersebut.