Saturday, November 28, 2009

Korban 1430H

Kerja kerja memasak diketuai oleh Sdr Yusuf Yahya dan dibantu oleh krew krew nya....


Korban 1430H

Lembu yg lepas cuba dikepung oleh petugas...

Akhirnya.....lembu tersebut di "escort" kembali ke tempat penyembelihan

Dan, bersedia di ikat di tempat penyembelihan...

Pak Umar, Pak Long, Abg Nasir & Abg Fuad menikmati juadah sambil berehat dia antara kerja...



Tutup gate!....tutup gate!... Lembu lepas!...

Begitulah antara drama acara korban hari ini. Lembu yang terlepas akhirnya dapat ditangkap semula tanpa tragedi yang melampau.

Berkat kerjasama semua lembu selesai disembelih sebelum pukul 9.30 pagi.

Kerja-kerja melapah dapat disempurnakan sekitar jam 1130 pagi di mana daging daging korban mula diagihkan.


Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, November 27, 2009

Senarai Peserta Korban/Aqiqah 1430H SSI

Berikut adalah nama peserta korban & aqiqah SSI untuk 1430H.

Kumpulan 1

1.       Mohd. Khairi Ab. Halim

2.       Ariana Damia

3.       Ariana Arissa

4.       Mohd. Aqil Bin Ismail

5.       Muhammad Syarifuddin Hidayatullah

6.       Muhammad Syarifuddin Hidayatullah

7.       Norzawati bt. Mohd Noh (qurban)

Kumpulan 2

1.       Dato' Zamani Abd. Ghani

2.       Datin Noraziah Ab. Halim

3.       Zawawi Ab. Halim

4.       Norainun Ab. Halim

5.       Azlan Ab. Majid

6.       Amrah Ab. Majid

7.       Siti Nurfarah

Kumpulan 3

1.       Azlee Abu Bakar

2.       Hanita Muhammad Shah

3.       Hjh. Siti Hajar Haris

4.       Hjh. Fatimah Ibrahim

5.       Hjh. Che' Mah Ibrahim

6.       Zaini Bin Minin

7.       Sapiah Bt Ali

Kumpulan 4

1.       Khatijah Mohd Tahir

2.       Nurul 'Atiqah Norrahim

3.       Maimunah Bt. Abd. Majid

4.       Abdullah Bin Monshie

5.       Dalilati Zatil Amali Hj. Ibrahim

6.       Datuk Hj. Sahari bin Hj. Mahadi

7.       Datin Nor Aziah Abd Aziz

Kumpulan 5

1.       Mohamed Bin Abdul Rahman

2.       Sakinah Badrol

3.       Norhasmani Mohamed

4.       Mohd Daud Bin Rajab

5.       Hjh. Rozian Hj. Sharif

6.       Mahathir Ismail

7.       Daniel Adam

Kumpulan 6

1.       Aidil Bin Yahya

2.       Intan Bt. Zainal Abidin

3.       Awang Ahmad Bin Kari

4.       Puteh Bt. Hashim

5.       Fairuz Eliza Mohamed Norawi

6.       Rohayati Abdullah

7.       Abdullah Bin Che Mat

Kumpulan 7

1.       Nor Izhar Bin Mohd Zain

2.       Wan Rohana Wan Ahmad

3.       Nurul Huda Bt. Kamarudin

4.       Lijah Bt. Embok Chik

5.       Mohammad Hazani Hassan

6.       Nurul Amirah Hannah

7.       Amirul Na`im

Ketibaan lembu korban

Tujuh (7) ekor lembu korban telah selamat tiba di SSI selepas waktu Asar tadi.

Sent via BlackBerry from Maxis

Khutbah Jumaat

Khatib bertugas: Mohammad Ridzuan bin Abdul

Antara isi khutbah:

- Pemuda merupakan generasi pelapis yang akan mewarisi kepimpinan negara.

- Adalah penting supaya lapisan pemuda melengkapkan diri dengan ilmu agama bagi mempersiapkan diri untuk tugas penting tadi.

- Para sahabat r.anhum memberi contoh terbaik bagaimana saf pemuda sentiasa bersedia menyumbang untuk agama.

- Usamah b Zaid r.a. pada usia 18 tahun sudah diberi amanah mengetuai pasukan islam yang berjaya menewaskan tentera Rom.

Sent via BlackBerry from Maxis

Solat Aidiladha

Khatib solat aidil adha: Ustaz Abdul Rahim Rafiee.

Intipati khutbah solat aidiladha:

Disamping kita menyembelih binang korban, marilah sama-sama kita berjuang mengagungkan hukum Allah swt agar kita tidak dilanda wabak cinta dunia dan takutkan mati.

Apabila kita dilanda sakit cinta dunia & takutkan mati, maka kita akan sanggup mengenepikan perintah Allah untuk memuaskan nafsu kita.

Khatib juga mengingatkan kita agar memperbanyakkan takbir selepas solat fardhu sepanjang hari tasyrik yakni sehingga solat Asr hari raya ke 3.


Sent via BlackBerry from Maxis

Selamat Hari Raya Aidiadha 1430H

Solat Hari Raya Aidiladha akan dilangsungkan pada pukul 8.30pagi Jumaat 27 November 2009 dan akan diimamkan oleh Ustaz Abdul Rahim Rafie, insyaallah.

Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, November 22, 2009

Penyertaan Korban 1430H

Sdr Mohamad Khairul Nidzam, penyelaras penyertaan Korban untuk tahun ini baru memaklumkan kepada saya bahawa penyertaan Korban untuk 1430H kini telah ditutup.

Dengan ini SSI dijangka akan menyaksikan 7 ekor lembu untuk dikorbankan Sabtu 28 Nov 2009, InsyaAllah.

Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, November 19, 2009

Tuan Haji Ali (Impian Jaya 7)

SSI menganjurkan Solat Hajat, bacaan Yasin dan tahlil serta doa selamat khusus untuk Tuan Haji Ali dari Jalan Impian Jaya 7 yang kini dimasukkan dalam Hospital Putrajaya.

Menurut anaknya, Tn Hj Ali mengadu sakit kepala yang amat dan bila diadukan kepada pihak doktor dimaklumkan bahawa ianya adalah antara kesan sampingan pengambilan ubat sakit jantung beliau.

Implikasi negatif ubat tersebut memang tidak dapat dielakkan dan Tn Hj disaran agar diwadkan sementara kesan sampingan yang amat tidak menyelesakan itu berkurangan.

Beliau kini berada di wad 4A Hospital Putrajaya.

Semua warga SSI mendoakan agar beliau cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian Allah swt ini.

Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, November 16, 2009

Mesyuarat AJK Selasa 17 Nov 2009

Mesej ini diterima dari Tuan Pengerusi: Haji Kamali Adimin:
------ SMS ------
From: +60193810861
Sent: 15 Nov 2009 22:29

SALAM,
Mesyuarat AJK SSI:
TARIKH: 17.11.09
MASA: LEPAS SOLAT ISYAK
AGENDA KHAS: PERSIAPAN HARI RAYA QURBAN

SEMUA AJK DAN PEGAWAI SSI DIJEMPUT HADIR

TERIMA KASIH

kamali

Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, November 15, 2009

Kutipan Jumaat 13 Nov 09

Jumlah yang dikutip berjumlah RM807.00
Sent via BlackBerry from Maxis

Selamat Menunaikan Haji

En Azhan berbaju melayu biru gelap dan bersongkok hitam putih....

Para Jemaah menikmati hidangan....Sabar beratur...

Banyak juga pilihan nya.....


Encik Azhan, ahli kariah dari Taman Impian Kasih, menganjur bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat sempena pemergian beliau bersama Isteri & anak nya ke Tanah Suci untuk Musim Haji tahun ini.

SSI mengucapkan Selamat berangkat dan pulang dengan doa mendapat Haji yang Mabrur.

Sent via BlackBerry from Maxis

Imam Tetap SSI

Imam tetap SSI yang baru; Mohammad Ridzuan bin Abdul, merupakan graduan UKM Fakulti Quran & Sunah, mula bertugas sejak pnghujung bulan Oktober 2009.

Bertugas di SSI pada Isnin hingga Jumaat bagi waktu-waktu Solat Subuh, Maghrib & Isya.

Pada hari Sabtu hanya waktu subuh.

Pada hari Ahad pada waktu Maghrib & Isya.

Kepada Ustaz Ridzuan kita ucapkan selamat bertugas (dan tidak lupa juga Selamat Pengantin Baru).

Sent via BlackBerry from Maxis

Jadual Pengajian SSI

Selasa:
-Kuliah Maghrib Minggu 1&3: Ust Ali Zainal Abidin (Sirah)
-Kuliah Maghrib Minggu 2&4: Ust Shauki Othman (Hadis 40)

Rabu:
-Kuliah Maghrib Minggu 1 : Ust Abdul Rahman Awang Soh (Tasauf)
-Kuliah Maghrib Minggu 2,3 &4: Ust Dr Najib (Mustika Hadis Jilid 2)

Khamis:
-Lepas Maghrib Minggu 1 & 3: Bacaan Yasin & Tahlil
-Khamis Kuliah Maghrib Minggu 2 & 4 : Ustaz Rahim Rafie (Tafsir)

Sabtu:
- Minggu ke2 Kuliah Subuh: Nik Muhammad Zawawi Salleh

Ahad:
Setiap Ahad : Kuliah Subuh: Ust Imran Habil (Hadis)

Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, November 13, 2009

Pengurusan Jenazah dan Khairat Kematian

Ada beberapa orang yang bertanya kepada saya samada pihak SSI ada mengadakan Sekim Khairat Kematian.

Di sini ingin dimaklumkan bahawa pihak SSI tidak mengumpul sebarang dana bagi Sekim sedemikian.

Walaubagaimanapun, pihak SSI ada menyediakan kemudahan bilik dan peralatan pengurusan jenazah bagi sesiapa saja yang berminat.

Sila hubungi Saudara Yusof Yahya +6012 319 5319 untuk maklumat lanjut.

Kuliah Muslimat

Jadual pengajian Muslimat diSurau Saujana Impian adalah seperti berikut:-

Isnin-9.30 pagi: Ustaz Abdullah Man - Hadith & Tafsir

Selasa-9.00 pagi: Ustaz Syaiful - Bahasa Arab

Rabu-9.30 pagi: Faezah - Tajwid

Khamis-9.30 pagi: Ustazah Kalsom - Feqah

Sabtu- 8.00 pagi: Ustazah Rubiah - Tallaqi (Quran)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Norazmah Noordin +60166556212

Korban 1430h - Maklumat terkini

Maklumat terkini yang diterima hari ini adalah, sudah ada 6 ekor lembu yang sudah punya peserta.

Lembu yang ke 7 ada 4 bahagian sahaja yang berbaki.

Sesiapa yang berminat, sila bertindak segera. Hubungi Saudara Nidzam +6019 335 8736

Hujan Lebat

Malam tadi hujan agak lebat.

Walaupun kawasan di bahagian belakang SSI telah dibumbungkan, namun masih berlaku ketirisan air yang mengakibatkan kerja-kerja senggaraan akan terpaksa bertambah.

Tambah-tambah lagi hari ini Solat Jumaat akan dijalankan. Agak sukar juga kalau hujan lebat berlaku sewaktu Solat Jumaat sedang dilangsungkan.

Rak-rak kitab terbaru

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SSI baru saja siap memasang 6 buah rak kitab yang baru.

Rak-rak tersebut siap dipasang pada dinding yangmana satu daripadanya diletakkan di kawasan muslimah.

Kos untuk 6 buah rak in berjumlah RM2,520.00

Korban 2009/1430H

klik gambar untuk zoom

Sudah hampir dua tahun juga ye blog ni dah tidak aktif. Berita terakhir yang dipaparkan adalah mengenai acara korban.

Nampaknya, kita dah menghampiri Hari Raya (HR) Korban 1430 Hijrah tidak lama lagi.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai korban, tertera dalam gambar di atas kos penyertaan kali ini yakni RM360 sebahagian. Kemungkinan besar jumlah lembu yang akan dikorbankan tahun ini pun akan di hadkan kepada 7 ekor sahaja.

Memandangkan tahun ini HR Aidil Adha dijangka jatuh pada hari jumaat 27 Nov 09, maka acara korban akan dilangsungkan pada pagi Sabtu 28 Nov 09 agar petugas-petugas tidak lah perlu tergesa untuk mengejar Solat Jumaat jika dilangsungkan pada Hari Raya pertama.

Pihak Surau diberitakan juga menjangka bilangan yang balik ke kampung juga agak ramai tahun ini memandangkan HR akan melangkau ke hujung minggu. Ustaz Imran Alhafiz, imam besar SSI juga nampak nya tidak dapat bersama dengan ahli kariah tahun ini kerana akan balik ke Kelantan.

Bagi sesiapa yang berminat untuk merebut peluang mana mana bahagian yang masih terluang, segeralah menghubungi nama-nama petugas yang tertera pada gambar di atas.

Thursday, November 12, 2009

Salam?? Hello?? Ada sesiapa di sana?? Apa dah jadi??

"Salam. Kenapa blog surau Saujana tidak aktif lagi sejak 2007?", begitulah teguran yang diterima dari Ustaz Jeehan dari impian murni.

Susah juga nak jawab sebenarnya. Macam-macam sebab boleh keluar tapi senang cakap, "PEMALAS".

Jadi dengan segala rendah hati, kita insafilah kekhilafan lalu dan kita cuba beriltizam mengorak langkah baru.

Mari kita hidupkan semula blog Surau kita ini.


Sent via BlackBerry from Maxis