Thursday, November 08, 2007

Bila Hujan Lebat....

Lapuran ini ingin berkongsi keadaan yang dialami Surau terutamanya ketika hujan teramat lebat seperti yang berlaku pada hari ini, Khamis 8 November 2007.






Setiap kali hujan turun dengan lebat, kawasan serambi, anjung surau, termasuk kawasan menuju ke tempat wuduk & sekitarnya akan dengan mudah digenangi air.




Salah seorang petugas surau, terutamanya Saudara Umar, akan bertungkus lumus meredakan keadaan dengan penyodok airnya.




Apabila penulis bertanya kepada Tuan Pengerusi Surau, Tuan Haji Kamali, beliau menerangkan bahawa rakan arkitek surau telah dihubungi bagi membuat lakaran awal bagi merekabentuk "awning" buat memayungi kawasan anjung surau bagi mengatasi keadaan ini.



Ini hanya merupakan langkah awal sebelum anggaran kos dapat dibuat dan tindakan selanjutnya seperti pengumpulan dana dsb akan menyusul.

No comments: