Friday, November 13, 2009

Korban 2009/1430H

klik gambar untuk zoom

Sudah hampir dua tahun juga ye blog ni dah tidak aktif. Berita terakhir yang dipaparkan adalah mengenai acara korban.

Nampaknya, kita dah menghampiri Hari Raya (HR) Korban 1430 Hijrah tidak lama lagi.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai korban, tertera dalam gambar di atas kos penyertaan kali ini yakni RM360 sebahagian. Kemungkinan besar jumlah lembu yang akan dikorbankan tahun ini pun akan di hadkan kepada 7 ekor sahaja.

Memandangkan tahun ini HR Aidil Adha dijangka jatuh pada hari jumaat 27 Nov 09, maka acara korban akan dilangsungkan pada pagi Sabtu 28 Nov 09 agar petugas-petugas tidak lah perlu tergesa untuk mengejar Solat Jumaat jika dilangsungkan pada Hari Raya pertama.

Pihak Surau diberitakan juga menjangka bilangan yang balik ke kampung juga agak ramai tahun ini memandangkan HR akan melangkau ke hujung minggu. Ustaz Imran Alhafiz, imam besar SSI juga nampak nya tidak dapat bersama dengan ahli kariah tahun ini kerana akan balik ke Kelantan.

Bagi sesiapa yang berminat untuk merebut peluang mana mana bahagian yang masih terluang, segeralah menghubungi nama-nama petugas yang tertera pada gambar di atas.

No comments: