Wednesday, December 26, 2007

Aidil Adha 1428



Pada 20 hb Disember 2007, Surau Saujana Impian telah menganjurkan acara korban yg melibatkan penyembelihan 11 ekor lembu dan 1 ekor kambing.



Walaupun, agak terasa kurang kehadiran para sukarelawan yg membantu kerja-kerja melapah kerana banyak yang mengambil kesempatan bercuti untuk balik ke kampung masing-masing, berkat usaha gotong royong ahli kariah yang mengambil bahagian, semua kerja selesai lebih kurang pada pukul 12.45tengahari.




Satu jamuan tengahari berupa beriani kambing, sup & kari daging telah berjaya dihidangkan.


Syabas kepada semua petugas yang bertungkus lumus bekerja menjayakan acara korban tahun ini yang sangat meriah.




No comments: