Wednesday, April 26, 2006

Latarbelakang Projek Pembangunan Surau Baru Saujana Impian

Pengenalan dan Latarbelakang Projek

Rasional / Justifikasi Pembinaan Bangunan Surau Saujana Impian

  • Bangunan surau sediada telah didirikan di sebuah tapak seluas 1.045 hektar dengan menggunakan bahan-bahan terpakai pejabat tapak / jualan (sales office) atas ehsan pemaju dan berkat usaha Jawatankuasa Surau pada tahun 1997. No pendaftaran surau adalah 008/131/HL

  • Ia telah berkali-kali diperbesarkan bagi menampung pertambahan penduduk yang kian ramai dari tahun ke setahun, namun dengan keadaan fizikal asalnya, ianya tidak lagi memungkinkan sebarang ubahsuai dibuat.

  • Keadaan struktur bangunan surau juga agak uzur dan kerap berlaku kebocoran bumbung lalu menyebabkan kerosakan pada siling dan permaidani.

  • Jumlah penduduk Islam Taman Saujana Impian dan sekitarnya adalah dianggarkan berjumlah 3,000 orang berbanding dengan saiz surau sekarang yang hanya boleh menampung lebih kurang 400 jemaah sahaja

  • Surau menerima kunjungan jemaah yang agak ramai ketika menunaikan solat sunat Tarawikh pada setiap bulan Ramadan sehingga terpaksa solat diluar bangunan surau. Situasi sama juga berlaku ketika menunaikan solat sunat Aidul Fitri dan Aidul Adha.

  • Keadaan fizikal bangunan surau sediada yang agak kecil dan serba kekurangan ini juga secara jangka panjangnya ia tidak bersesuaian untuk dinaiktaraf bagi mendirikan solat fardhu Jumaat.

  • Menyedari hakikat ini, maka pihak Jawatankuasa Surau Saujana Impian telah memutuskan melalui mesyuaratnya pada 28hb September 2004, untuk membina bangunan baru surau dengan kadar segera bagi menampung pertambahan penduduk serta menjamin keselesaan jemaah yang hadir.

  • Pihak Jawatankuasa Surau Saujana Impian juga telah mengambil kira pelan jangka pendek dan keperluan jangka panjang dimana sebuah bangunan baru surau yang akan didirikan mestilah luas dan boleh menampung jemaah seramai 2,000 orang disamping memenuhi keperluan dan spesifkasi sebuah Masjid sekiranya dinaiktaraf pada masa akan datang.

Pihak Jawantankuasa Surau juga merancang untuk memohon kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor mendirikan solat fardhu Jumaat sebaik saja bangunan baru surau disiapkan.

No comments: